Sunday 20 January 2013

Ainul Mardhiah


Ainul Mardhiah  yang bererti  ‘mata yang diredhai’ adalah bidadari yang sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yang lain.Dia telah diciptakan oleh Allah SWT untuk seorang pemuda yang mati syahid.
               Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan,Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama Allah).Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa sahaja yang keluar untuk berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah.
               Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu,seorang pemuda yang masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang telah  Rasulullah SAW telah sebutkanitu.Oleh kerana pemuda itu merasa malu kepeda sahabat-sahabatnya yang lain,untuk bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW.Walau bagaimanapun dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.
              Telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor.Maka pemuda itu pun tidur bersama-sama Jemaah tadi. Di dalam tidurnya,pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri, di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya, “Di manakah aku sekarang ini ? ” Lalu lelaki itu menjawab , “ inilah syurga . “ Pemuda itu menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu menuju ke satu arah. Maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yang ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikkan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya, “ Adakah kamu ini Ainul Mardhiah? “ Wanita itu pun menjawab, “ Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana .“ Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang kecantikkannya berganda-ganda dari wanita yang pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permata –permata hiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, “ Adakah kamu ini Ainul Mardhiah? “ Lalu wanita itu menjawab. “ Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana. “ Lalu lelaki itu menaiki tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.
                Di situ dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita yang pertama dan kedua. Wanita itu berkata kepada pemuda itu, “ Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku . “ Pemuda itu mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu, “ Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih lagi belum syahid .” Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya. Lalu dia menceritakan kepada sahabatnya. Namun begitu dia memesan jangan menceritakan jangan menceritakan kepada Rasulullah SAW.
             Di sebelah petangnya, pemuda itu telah keluar untuk berjihad bersama –sama Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang lain. Takdir telah menentukan pemuda tadi gugur syahid. Ketika Jemaah pulang dari masjid untuk menantikan waktu berbuka puasa,sahabat pemuda yang gugur syahid ini pun bangu mendapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah SAW hanya menjawab, “ Benar. “
               Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW berkata kepadanya. “ Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga. “

Tuesday 25 December 2012

Penantian Ainul Mardhiah

Engkau, Ainul Mardhiah...
Adalah bidadari hiasan syurga...
Jadi pembakar semangat perwira...
sebagai ganjaran para syuhada...